Manusia, yang meragui asal usul spesiesnya, pada mulanya berkuasa penuh terhadap renungan dan kepercayaan karut yang diwarisi dari generasi, dan sumber-sumber renungan ini lenyap ditelan zaman. Pada peringkat sekunder dan sebelum ilmu sains bertapak untuk menyelesaikan persoalan tentang keraguan ini, seperti juga halnya pada hari ini, pembelajaran agama dan berbagai-bagai sistem falsafah telah membawa unsur-unsur untuk renungan.
Kita mesti memberi penegasan terhadap pengaruh ajaran Kitab Suci oleh tiga agama monoteistik tentang pemikiran manusia. Selama berabad-abad, sumber idea berasal daripada tanggapan manusia sendiri. Wahyu yang diturunkan oleh Tuhan pada asalnya
disampaikan dengan mulut, setelah itu barulah disampaikan di dalam bentuk tulisan.
Namun manusia hanya berupaya meneka tarikh yang manusia sedar terhadap wahyu pertama itu. Cara wahyu tersebut disampaikan kepada manusia, Nabi Nohlah yang pertama mengemukakan perkara tersebut untuk perhatian kaumnya. Kitab Injil telah membuat rujukan terhadap fakta ini. Al-Quran juga ada menyatakan bahawa idea tentang asal usul manusia dibuat oleh Nabi Noh a.s.
Teks Kitab Suci yang paling lama yang terdapat pada hari ini yang membicarakan asal usul manusia - ciptaan Allah (Tuhan) yang kreatif (agung) - tidak diragui lagi berdasarkan pengetahuan manusia tentang dua Yahvist dan Sacerdotal seperti yang diceritakan di dalam kitab Injil. Versi Yahvist yang paling lama dianggap ditulis pada kurun kesembilan atau kesepuluh sebelum masihi. Versi yang paling baru, iaitu Sacerdotal merupakan hasil kerja paderi-paderi pada kurun yang ke-6 sebelum masihi. Ia mengandungi kisah selanjutnya tentang Penciptaan. Hujah-hujah ini
Semua Paragrap yang di sembunyikan
dimuatkan pada bahagian permulaan semua kitab Injil.
Agama Kristian secara umumnya mengambil idea Ciptaan dan mengulangi ajaran Injil tentang asal usul manusia tanpa huraian yang lebih lanjut. Ini berbeza dengan kandungan Old Testament (Wasiat Lama). Namun demikian, terdapat kekecualian pada salasilah Nabi Isa a.s. terutamanya yang mengatakan bahawa Baginda berasal daripada manusia yang pertama yang didahului oleh 76 generasi. Namun, pernyataan tersebut tidak dapat dipertahankan pada hari ini.
Perkembangan ajaran al-Quran banyak mendedahkan manusia terhadap data tentang diri mereka, semua ciptaan Tuhan, iaitu Penciptaan dan organisasi benda-benda tak bernyawa serta benda-benda bernyawa.
Demikianlah, selama beberapa abad yang melibatkan persoalan tentang asal usul, pemikiran orang-orang Barat disalurkan dengan ajaran kitab Injil (jika boleh saya berkata begitu). Sementara itu dalam dunia Islam, al-Quran bukan sahaja membawa idea-idea am tentang Ciptaan malahan disertai juga dengan ajaran tiga agama monoteistik, ajaran yang lebih lanjut tentang manusia, ajaran-ajaran baru yang terdapat semenjak zaman tanpa kehidupan di dalam kitab Injil dan banyak lagi yang saya akan rujuk kemudian.
Peringkat yang seterusnya ialah pada kurun ke-18. Dalam era agama Kristian, ilmu sains mula memperlihatkan kemajuan khusus. Sebaik sahaja manusia mula menunjukkan kemajuan tentang pengetahuan dalam bidang sains - walaupun masih pada peringkat awal dan tidak mencukupi untuk membuat suatu kesimpulan rasmi - namun begitu ilmu sains telah mempengaruhi manusia untuk mengembangkan berbagai-bagai spekulasi. Kesilapan yang dilakukan oleh kebanyakan ahli sains dalam membuat taakulan adalah kerana mereka menggunakan fakta yang bergantung semata-mata kepada kes manusia yang tidak ada sedikit pun persamaan dengan alam haiwan. Mereka melakukannya semata-mata berdasarkan tamsilan sahaja. Lantaran itu, ahli-ahli falsafah membina teori-teori yang berasaskan asas-asas yang tidak kukuh. Pada hari ini, perkara itu masih diperhatikan.
Di Barat, pada kurun ke-19, perselisihan pendapat tentang ajaran agama, terutamanya yang terkandung di dalam kitab Injil khususnya yang berkaitan dengan ketetapan spesies sepanjang zaman, sememangnya telah dirumuskan dengan nyata di dalam Old Testament. Lamarck memperkenalkan teori Transformisme pada awal kurun ke-19. Beliau merupakan orang yang pertama berselisih pendapat tentang kenyataan kitab Injil tentang ketetapan spesies. Pada kurun ke-19, khususnya pada bahagian pertengahan yang kedua, Darwin dalam teorinya tentang Pilihan Alamiah yang diambil dari bukunya On The Origin of The Species, yang dikeluarkan dalam tahun 1859, telah memberikan tamparan hebat kepada data yang terdapat di dalam kitab Injil. Beliau membuat andaian bahawa keadaan alamiah dengan secara spontan telah menghasilkan makhluk-makhluk hidup seperti yang dihasilkan oleh penternak lembu dan kuda melalui pengacukan terpilih. Semasa membuat penaakulan itu, Darwin lupa bahawa penternak-penternak tersebut tidak boleh menghasilkan spesies yang berlainan daripada spesies induk.
Memanglah benar pendapat Darwin bahawa dia telah memerhatikan banyak variasi spesies yang ditemuinya semasa dalam pelayaran dengan kapal yang termasyhur, The Beagle. Namun variasi-variasi yang diperhatikan itu hanyalah variasi haiwan yang berasal daripada spesies yang sama. Beliau tidak pernah menemui sebarang perubahan terhadap sesuatu spesies yang boleh menghasilkan pembentukan satu spesies baru. Untuk menghuraikan evolusi, kita harus mengetahui segala-galanya yang membangkitkan transformasi sesuatu spesies, suatu order dan sebagainya ke dalam order yang lain. Di dalam suratnya yang diabadikan di British Library, London, dengan jelas Darwin mengakui kegagalannya untuk memberikan huraian tentang evolusi: "Saya mempercayai pendapat bahawa pilihan alamiah bukanlah kerana saya mampu membuktikan bahawa ia telah mengubah suatu spesies kepada spesies yang lain, tetapi kerana telah mengumpulkan dan menghuraikan dengan sebaik-baiknya tentang suatu kelompok fakta dalam pengelasan, embriologi, morfologi, organ rudimen, sesaran geologi dan taburan".
Dari kitab Injil, saya telah berpegang teguh, idea Ciptaan yang ditegaskan di dalam teksnya. Walau bagaimanapun, tentang nilai sekarang terhadap kepentingan naratif peristiwa, sesuatu yang berbeza dipertimbangkan.
Dengan cara ini, Darwin telah mengakui bahawa teorinya tidak dapat menghuraikan evolusi. Semua masalah tentang nilai karya Darwin dihuraikan di sini.
Sambutan ulang tahun ke-100 kematian Darwin telah diadakan pada tahun 1982 dengan perisytiharan memohon maaf yang ditujukan khusus untuk menjaga kepentingan kerja-kerjanya dalam sejarah Sains Alamiah. Di dalam buku saya What is the Origin of Man? The Answers of Science and the Holy Scriptures, saya telah menunjukkan kekurangan teori Darwin dan penyalahgunaan kerja-kerjanya yang dilakukan oleh pengulas-pengulas sezaman.
Pada hari ini, kewujudan evolusi di dalam alam haiwan telah ditunjukkan dengan sempurna sekali; begitu banyak kes telah dibuktikan di samping butir-butir terperinci tentang transformasi, sebagai contoh daripada reptilia hingga kepada mamalia. Tetapi Darwin tidak pernah membuktikan bahawa manusia berasal daripada beruk. Begitu juga, beliau tidak pernah menulis tentang perkara tersebut. Pada tahun 1869, Haeckel yang merupakan salah seorang pengikut Darwin telah mendakwa tanpa sebarang hujah bahawa: tidak ada sebarang pertalian yang ditemui antara keturunan manusia dan haiwan. Kita akan membincangkan fakta tersebut kemudian nanti.
Penyokong-penyokong teori moden seperti Neo-Darwinism atau Teori Sintetik Evolusi telah berusaha sedaya upaya mereka untuk menggabungkan data-data yang ketinggalan zaman itu dengan penemuan tulen kita. Tetapi mereka langsung tidak berupaya untuk menggabungkan semua faset masalah tersebut dalam pentaakulan mereka; mereka membuat kesimpulan daripada beberapa aspek tertentu. Mereka menggunakan data-data dari makmal yang mengkaji mikroorganisma masa kini. Mereka juga tidak mengambil kira fakta-fakta konkrit daripada peristiwa-peristiwa lampau iaitu dokumen-dokumen yang disediakan oleh bidang-bidang lain seperti zoologi, embriologi, anatomi bandingan, genetik, biologi sel dan molekul, dan sebagainya.
Sesungguhnya, kita melihat kelahiran teori-teori yang disokong oleh para sarjana yang mendakwa bahawa teori-teori tersebut semata-mata bergantung kepada sains. Namun, teori-teori tersebut hanya merupakan terjemahan kompromi dengan falsafah peribadi mereka. Dalam bidang ini, dengan wajar mengetahui sama ada pakar-pakar yang terkenal dalam biologi molekul di Perancis - seperti Jacques Monod atau Francois Jacob - layak menerima Hadiah Nobel dalam bidang Perubatan - telah menggunakan fakta-fakta tersebut untuk memenuhi nafsu kebendaan mereka. Kita mengetahui tentang keajaiban organisasi yang mengawal pemfungsian sel dan memerintah evolusi dalam alam haiwan. Bagaimanakah kita boleh bersetuju dengan pendapat Francois Jacob apabila beliau, di dalam bukunya Le jeu des possibles (The game of possibilities) menganggapkan evolusi sebagai akibat suatu susunan penggantian sahaja? Bagaimanakah kita boleh bersetuju dengan pendapat Jacques Monod kerana beliau memperta-hankan pendapat beliau bahawa teori Chance and Necessity (Le hasard et le necessite) itu mampu menghuraikan segala-galanya? Mustahil bagi kami bersetuju bahawa peranan penentu sesuatu peluang apabila kami mengetahui bahawa organisasi sesuatu makhluk hidup itu lebih kompleks daripada yang dapat dibayangkan oleh seorang pengeluar atau pengaturcara komputer. Di sini saya tidak mampu memberikan sebegitu banyak butir terperinci yang saya sebutkan di dalam beberapa bab buku saya.
Namun demikian, kita harus menegaskan bahawa beberapa data yang melibatkan kehidupan dari segi umum dan fungsi-fungsi. Dalam hal ini, saya ingin mengingatkan anda tentang beberapa tanggapan yang mungkin tidak disedari kerana untuk memberikan suatu persamaan dengannya adalah amat bersifat arahan. Dakwaan bahawa kehidupan mungkin terjadi secara spontan di atas muka bumi adalah karut. Begitu juga, tidak ada asas saintifik yang menegaskan bahawa kehidupan bermula dari angkasa. Yang amat pasti, ujikaji yang dijalankan oleh Miller pada tahun 1955, telah berjaya menunjukkan bahawa sejumlah kecil komponen kimia yang mempunyai kekompleksan yang tinggi, seperti asid amino bagi protein selular, mungkin dapat dihasilkan secara tiruan. Di dalam atmosfera bergas yang mengandungi hidrogen, ammonia, metana dan wap air, keamatan discaj elektrik yang tinggi mungkin menghasilkan sampel-sampel komponen tersebut. Namun, bukannya kehidupan yang diperolehi daripada semua itu. Miller telah membuat taakulan yang salah kerana terdapat jurang yang luas antara penggabungan sebatian tersebut dengan gaya yang tersusun secara kimia dengan penghasilan kompleks yang menakjubkan yang kita kenali sebagai sel ataupun organisma hidup yang lebih awal.
Pernyataan tersebut adalah seperti menyatakan bahawa kemungkinan pembentukan zarah keluli secara spontan daripada bijih besi dan arang batu pada suhu tinggi mungkin secara automatik menyebabkan pembinaan Eiffel Tower yang terkenal di Paris yang merupakan satu siri kejadian yang membanggakan. Siri kejadian tersebut mungkin telah menghimpunkan bahan-bahan tersebut dalam suatu susunan yang wajar, dan hasilnya mungkin merupakan suatu kejayaan pembinaan logam hampir satu abad yang lalu. Sesungguhnya, kita pasti dapat melihat bahawa struktur menara ini tidaklah begitu rumit jika dibandingkan dengan sel yang paling mudah.
Setiap sel mempunyai komputernya. Arahan-arahan untuk fungsi yang sebegitu banyak diberikan oleh molekul. Bagi molekul tersebut, suatu aturcara akan dihuraikan; ia juga meliputi pembiakan. Di dalam nukleus sel, makromolekul proteinik, iaitu asid deoksiri-bonukleik (atau DNA) merupakan unsur asas suatu sistem yang amat kompleks dan menghasilkan pemangkin untuk mencetuskan tindak balas kimia spesifik. Kespesifikan ini bergantung kepada komponen kimia yang melekat di bahan asas tersebut. Dengan cara ini, arahan-arahan berkod dihantar oleh pengutus-pengutus kimia dan setelah mendekodkan arahan tersebut, enzim-enzim spesifik yang dihasilkan akan menyebabkan sintesis protein yang diperlukan untuk kehidupan. Gen tersebut merupakan segmen DNA dan sebatian kimia yang akan ditambah kepada gen tersebut. Pada setiap sel terdapat sebilangan besar gen yang mengarah sebegitu banyak aktiviti. Oleh itu terbentuklah genoma.
Sungguhpun sesetengah organisma hidup, sebagai contoh bakteria, tidak mempunyai nukleus, namun organisma-organisma tersebut masih mempunyai suatu sistem arahan. Di dalam sel terdapat satu pita DNA yang berlipat. Dengan cara ini, beribu-ribu jenis protein yang berbeza dapat dihasilkan (lebih kurang 3,000 untuk bakteria seperti Escherichia coli). Dalam kes Escherichia coli, panjang pita tersebut ialah satu milimeter, iaitu 5,000 kali saiz maksimum bakteria yang berkenaan. Dalam manusia, saiz pita tersebut mungkin beribu-ribu per satu milimeter, panjang kumulatif pita DNA bagi semua sel tubuh adalah melebihi jarak antara bumi dengan matahari.
Ciri asas organisma hidup ialah organisasi yang menakjubkan. Gen mengarah fungsi-fungsi setiap sel. Manusia dengan sukarela mampu mempengaruhi aspek-aspek tertentu fungsi organ. Namun demikian, pada haiwan, kebanyakan fungsi tersebut bertindak secara automatik kerana suatu perancangan yang amat canggih di dalam sel-sel tertentu, sebagai contohnya di dalam sel saraf untuk burung. Migrasi yang amat kompleks bagi haiwan bergantung kepada penyimpanan maklumat yang banyak yang mengaruh tingkah laku automatik. Kita mengetahui isi padu yang amat berkurang pada sistem saraf pusat, tempat perancangan didaftar. Dengan cara tersebut kita mempunyai satu idea tentang keupayaan sesuatu benda hidup.
Di manakah bermulanya asal usul kehidupan? Setakat yang diketahui, hipotesis yang paling hampir ialah asal usul aquatik. Alga dan bakteria wujud satu bilion tahun yang lalu (bumi ini lebih kurang empat setengah bilion tahun). Mikroorganisma lain didapati dalam batu-batan lebih kurang tiga bilion tahun.
Kemungkinan juga bentuk hidupan plurisel terjadi daripada bentuk unisel. Makhluk plurisel yang paling purba mungkin terdiri daripada sel yang walaupun tidak mempunyai organ-organ yang dapat dibezakan dengan jelas, telah mempamerkan suatu organisasi pembiakan iaitu seks. Bentuk purba ini mungkin telah menerbitkan bentuk-bentuk yang lain yang mempunyai rudimen organ dan sel yang mempunyai fungsi dan otot: bentuk-bentuk ini mungkin terjadi dari satu bilion tahun yang lalu. Invertebrata yang pertama mungkin muncul lebih kurang 500 atau 600 juta tahun yang lalu bersama dengan moluska, cacing anulat, dan serangga yang pertama. Verterbrata muncul kemudian lebih kurang 450 juta tahun dan begitu juga beberapa jenis ikan yang tertentu yang terus berkembang selepas itu. Vertebrata daratan yang pertama (amfibia dan reptilia) muncul lebih kurang 350 juta tahun yang lalu dan selepas itu, mamalia (180 juta tahun yang lalu) dan burung-burung (lebih kurang 135 juta tahun yang lalu).
Tinjauan ringkas ini menunjukkan magnitud dalam alam haiwan tentang evolusi ke arah bentuk-bentuk yang lebih berkembang serta kompleks dalam cara susunan yang amat sempurna. Ia juga menyarankan bahawa sesuatu huraian itu tidak mungkin dilakukan dengan hanya bergantung kepada peluang semata-mata.
Kod genetik yang mengawal fungsi setiap sel kita merupakan pengarah yang mengawal seluruh transformasi yang tiba dengan cara yang tertib dan bukan cara yang sebaliknya. Apabila suatu ciri baru muncul dalam evolusi, ini merupakan jawapan wajib kepada suatu arahan daripada suatu gen spesifik ataupun lebih. Evolusi menjadi pencipta bentuk haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang semakin kompleks. Oleh itu, apabila seseorang mengkaji dengan sehalus-halusnya tentang makhluk-makhluk hidup, dia akan mencapai suatu tanggapan bahawa segalanya telah direncanakan pada tahap kod genetik untuk melaksanakan seluruh kawalan terhadap fungsi-fungsi kompleks ekstrim yang berkaitan dengan ubahsuaian anatomi. Bagaimanakah kewujudan sesuatu juruprogram itu didapati tidak serasi dengan sains? Selanjutnya, bagaimanakah seseorang ahli sains yang bermatlamat dan saksama pada zaman ini dapat mengelak daripada ketidakmampuan untuk menjelaskan susunan fenomena hidup luar biasa ini yang bergantung kepada tanggapan peluang? Bagaimana pula seseorang itu boleh bergantung kepada formula kosong, idea-idea prasangka seperti pilihan alamiah Darwin yang langsung tidak memberikan huraian tentang evolusi yang kita ketahui pada hari ini?
Sesuatu makhluk hidup itu dicirikan daripada maklumat yang dirakam dalam kod genetik: yang kemudian itu mengandungi spesifikasi tentang morfologi dan fungsi setiap jenis. Seperti yang diketahui, jelas sekali bahawa evolusi bergantung kepada suatu proses pertambahan data maklumat secara berturutan sepanjang masa. Para ahli sains boleh menghujah secara ad infinitum tentang sebab-musabab yang menentukan fakta, tetapi mereka tidak dapat mengenepikan fakta itu sendiri kerana ia amat ketara. Sesetengah ahli teori zaman ini mendakwa bahawa mereka mempunyai semua huraian. Apabila mereka ini ditanya tentang letaknya titik-tolak atau asal usul maklumat genetik, mereka menjadi gugup. Kenapa mereka gagal? Jacques Monod mengakui ketidakupayaannya untuk menjelaskan perkara tersebut di dalam bukunya Chance and Necessity: "Masalah utama ialah asal usul kod genetik dan huraian tentang mekanismenya. Sesungguhnya kita tidak boleh bercakap dengan panjang lebar tentang 'masalah' sebagai satu enigma tulen".
Lamarck dan Darwin tidak memberikan sebarang huraian yang luas tentang genesis pembahagian asas alam tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang setiap satu akan tiba pada suatu rancangan berorganisasi untuk seluruh keturunan. Perubahan gen yang berlaku secara kebetulan tidak memberikan sebarang huraian yang memuaskan tentang kemunculan variasi-variasi utama: Ia tidak dapat mencipta suatu bentuk baru dengan ubahsuaian yang melibatkan organ-organ dalam suatu tabiat yang koheren. Semua peristiwa ini terjadi dalam suatu peringkat yang berlanjutan. Pada mulanya, akan muncul tanda-tanda pertama bagi sifat-sifat khusus, dan diikuti oleh suatu tempoh aksentuasi fenomena ini yang akan dilengkapi oleh suatu fasa yang memperlahankan semua peristiwa tersebut serta penciptaan jenis baru yang akhirnya akan berhenti. Pada masa ini, kita berada dalam peringkat akhir ini. Sebagaimana yang kita akan lihat nanti, transformasi manusia ini berhenti sejak kebelakangan ini.
Kesemua jenis utama yang terorganisasi telah ditetapkan pada peringkat yang lebih awal lagi. Dari masa sesuatu jenis membahayakan beberapa bentuk tertentu yang mengorientasikan dirinya dalam suatu arah khusus, tidak ada sebarang jenis terorganisasi baru yang muncul dalam bentuk-bentuk khusus. Pierre-Paul Grasse menyatakan di dalam bukunya The Evolution of Living Organisms: "Evolusi kreatif berakar-umbi dalam bentuk prototaip; tanpa bentuk tersebut, tidak ada bentuk organisasi baru yang akan muncul".
Pada peringkat sel, evolusi membangkitkan soalan-soalan yang kini dapat dijawab oleh biologi molekul dan genetik. Tidak ada fenomenon baru yang terjadi di dalam sel tanpa perantara molekul DNA, yang dengan molekul asid ribonukleik (RNA), bertanggungjawab kepada pembentukan protein yang menjadi sebahagian daripada asal usul sintesis kimia. Bagi setiap variasi morfologi yang penting ini, molekul DNA mesti memperolehi suatu gen aktif yang baru, dan serentak dengan itu menambah terhadap kumpulan maklumat secara kimia, atau akan terjadi suatu pengubahsuaian terhadap gen yang sedia wujud.
Setakat yang diketahui, apakah yang terjadi kepada spesies manusia? Untuk membuat suatu perbandingan yang sah antara pernyataan Injil dan ajaran al-Quran, kita mestilah melaporkan hasil penemuan dan bukannya teori semata-mata.
Mengikut tanggapan yang kukuh yang diperolehi dalam kajian tentang fosil manusia (tulang dan gigi), tinggalan yang dikenal pasti menyebabkan kita berpendapat bahawa makhluk-makhluk hidup yang berfikiran cerdas telah wujud di Afrika lebih kurang empat juta tahun dahulu. Makhluk-makhluk tersebut bukan sahaja mampu menggunakan perkakas (beberapa haiwan tertentu juga mampu melakukannya) malahan mampu membuat perkakas-perkakas yang akan digunakan (suatu kemampuan penciptaan yang tidak diperolehi oleh haiwan). Hominid yang pertama ini dikenali sebagai Australopithecines: Saya berpendapat bahawa petanda ini yang bermula dari tarikh tersebut tidaklah sesuai. Ini adalah kerana petanda tersebut menyarankan bahawa terdapat suatu kaitan dengan beruk dan sesungguhnya ini amat berbeza sekali. Walau bagaimanapun, dalam beberapa aspek, hominid tersebut mempunyai suatu morfologi yang serupa dengan kita, contohnya postur biped, walaupun saiznya lebih kecil dan mempunyai keupayaan tengkorak yang hanya lebih kurang 500 sentimeter padu (cc). Mengikut pengetahuan semasa, hominid tersebut mewakili generasi paling purba, namun tidak dapat diketepikan bahawa penemuan-penemuan pada masa hadapan akan menunjukkan bahawa tarikh kemunculan manusia pertama di atas bumi ini adalah lebih awal lagi. Kita tidak dapat mengetahui dengan tepat bilakah masanya gelombang pertama ini lenyap: mungkinkah satu juta tahun dari kita? 600 ribu tahun yang lalu? Gelombang kedua ialah Pithecanthrops atau Homo erectus yang dikenal pasti di Afrika, Asia, Indonesia dan Eropah. Saiz mereka hampir sama dengan kita, dengan otak yang lebih besar (dengan purata lebih kurang 900 cc). Mereka telah menemui cara-cara menggunakan api. Mereka mungkin wujud dalam tempoh 500 ribu hingga 150 ribu tahun sebelum kita. Dalam gelombang ketiga, tinggalan Manusia Neandertal telah ditemui di Eropah, Afrika, Timur Tengah dan Jawa. Pertumbuhan otak mereka telah melebihi isipadu otak manusia hari ini. Gelombang ini lebih pendek tempohnya: antara 100 ribu hingga 40 ribu tahun. Pada zaman yang terkemudian ini, gelombang keempat dan gelombang terakhir telah muncul dan membawa bersamanya Homo sapien. Homo sapien ini telah mengalami sedikit evolusi.
Fakta negatif adalah amat penting: kita tidak pernah menemui kaitan formal yang menghubungkan sebarang bentuk tersebut dengan sebarang keturunan haiwan walaupun terdapat suatu perantara di antara primat dengan keturunan yang saya sebutkan tadi. Di Kongres Paleontologi Antarabangsa yang berlangsung di Nice, Perancis pada bulan Oktober 1982, perkara tersebut telah dihuraikan dengan jelas.
Bermula dengan leluhur kita, sudah pasti terjadi ubah suaian yang menyebabkan kita menjadi jenis-jenis yang berbeza dengan suatu spesies yang sama. Dalam spesies manusia, suatu evolusi yang ketara telah terjadi. Seseorang pemerhati saksama semestinya akan mengiktiraf kejadian tersebut. Sepanjang tempoh tersebut, terdapat ubah suaian kepada bentuk manusia tetapi ini tidak semestinya bermakna bahawa kita berasal daripada beruk seperti yang didakwa oleh Darwin.
Cerita yang paling panjang di dalam kitab Injil tentang Ciptaan (alam yang dijadikan Tuhan) (sebenarnya di dalam kitab Injil ada dua buah cerita) menerangkan - tentang Ciptaan haiwan oleh Tuhan, dengan mengutarakan bahawa pelbagai spesies telah pun ditetapkan di sepanjang zaman. Hal ini telah saya utarakan di dalam buku saya bertajuk The Bible, the Qur'an and Science, yang diterjemahkan sebagai "Injil, al-Quran dan Sains". Lagipun, data kronologi kitab Injil membawa kita kepada penilaian zaman. Alam Ciptaan Tuhan dan kepada kewujudan manusia di atas muka bumi semenjak 57 hingga 58 abad yang lalu. Pada tahun 1989, takwim Ibrani telah menganggarkan bahawa peristiwa tersebut telah berlaku lebih kurang 5,750 tahun yang lalu. Namun begitu, pernyataan ini masih belum diterima secara saintifik lagi.
Walau bagaimanapun, seseorang dapat membayangkan bahawa di dalam kitab Injil, perkara tersebut tidak berlaku sebaliknya; kerana, semasa memperkatakan tentang perkara ini, pengarang Kitab Injil untuk cerita tersebut diterima oleh pentafsir agama Kristian sebagai telah diberi ilham oleh Tuhan - Kenyataan ini bergantung kepada sejauh mana kebenaran yang terdapat di dalam kepercayaan tersebut. Akan tetapi, penerimaan ini hanya diberikan setelah pengarang ini menulis tentang idea, kebudayaan, kepercayaan atau dongeng tentang beberapa perkara lain pada zaman mereka. Untuk makluman, cerita yang pertama telah ditulis pada kurun kesembilan atau kesepuluh sebelum lahirnya Nabi Isa. Walau bagaimanapun, dalam keadaan ini, mungkinkah mereka telah melakukan kesalahan tentang fakta yang tidak diterangkan secara saintifik sebelum tibanya era moden? Oleh itu, tidaklah menghairankan jika Second Vatican Council (Majlis Vatican Kedua) (1962-1965) telah mengumumkan bahawa kitab-kitab Injil lama mungkin mengandungi "bahan-bahan yang tidak tepat dan tidak digunakan lagi."
Konsep Ciptaan manusia selalu dibincangkan oleh mereka yang suka membuat penekanan tentang keserupaan manusia dengan beruk atau apa jua lelehurnya, dari segi anatomi dan pelbagai fungsi. Melalui cara ini, mereka mencadangkan bahawa manusia mungkin berasal dari keturunan mereka itu. Mereka lupa bahawa keserupaan ini dipaksa kepada manusia. Keperluan telah memaksa manusia untuk hidup di dalam persekitaran yang sama. Jika diambil kira erti secara meluas, persekitaran yang sama bermakna persekitaran bumi serta variasi geografinya. Oleh itu, manusia perlu salur pernafasan yang serupa seperti yang terdapat pada haiwan lain, yang juga menggunakan oksigen dari udara. Manusia juga memerlukan salur penghazaman untuk mendapatkan nutrisi daripada makanan yang dibekalkan oleh tanah atau makanan daripada daging haiwan lain yang manusia boleh bergantung. Keadaan ini sama seperti seekor haiwan yang bergantung kepada haiwan yang lain. Semua keperluan hidup ini membawa kepada persamaan di dalam fungsi, fisiologi, biologi dan pelbagai ciri umum yang lain. Tanpa keserupaan morfologi dan keserupaan fungsi ini, manusia tidak dapat hidup di atas muka bumi.
Dengan mengambil kira data-data sains yang kukuh pada masa ini, kita tidak menjumpai sebarang perselisihan di antara data-data tersebut dengan ajaran agama tentang Ciptaan manusia. Konsep ini dipersetujui oleh semua orang, dari agama Yahudi, Kristian dan Islam.
Islam telah membawa ajaran lanjut tentang manusia di dalam al-Quran. Di dalam buku terbaru saya, (di dalam bahasa Perancis bertajuk L'homme, d'ou vientil? yang diterjemah tajuknya ke dalam bahasa Inggeris sebagai) What is the origin of man?, saya sering mengulangi bahawa pandangan saintifik tentang manusialah yang paling menarik minat saya. Pada tahun 1976, saya telah membuat satu syarahan tentang perkara ini di French Academy of Medicine. Kini, saya telah memperkembangkan unsur-unsur ini sepenuhnya di dalam dua buah buku.
Semasa memperkatakan tentang asal usul manusia, saya ingin membangkitkan bagaimana al-Quran mengajar kita tentang titik permulaan hidup, secara menyeluruh. Saya akan memetik ayat di dalam surah al-Anbia (21, ayat 30) yang berbunyi:
Tidakkan orang kafir melihat bahawa langit dan bumi bercantum: kemudian Kami pisahkan kedua-duanya dan Kami jadikan setiap benda yang hidup daripada air? Adakah mereka tidak percaya?
Pada masa ini, siapakah yang tidak tahun bahawa asal usul kehidupan adalah air.
Seterusnya, saya percaya bahawa saya telah memahami perbezaan di antara kiasan di dalam al-Quran dan penjelmaan morfologi manusia. Penjelmaan morfologi ini berlaku secara urutan, di dalam pelbagai fasa, seperti yang ditunjukkan oleh sains moden. Cuma di dalam era moden sahaja, kesemua ayat-ayat ini senang didekati untuk pemahaman manusia. Selain ahli sains, pengulas kuno serta penterjemah dan pengulas masa kini tidak dapat dan tidak berdaya memahami erti sebenar konsep ini.
Saya tidak akan membuat penekanan tentang erti kerohanian lazim yang berkaitan dengan ciptaan manusia daripada tanah; seperti yang tertulis di dalam beberapa ayat. Namun begitu, al-Quran telah membangkitkan bahawa, selepas Ciptaan, timbul satu fasa kedua apabila Tuhan memberi bentuk kepada manusia. Surah al-A'raf (7, ayat 11) berbunyi:
Kami cipta kamu dan kemudian Kami membentuk kamu; kemudian Kami suruh malaikat tunduk kepada Adam.
Manusia dijadikan secara harmoni, seperti yang dikatakan dengan ... yang ada kaitan dengan manusia di dalam surah al-Hijr (15, ayat 28 dan 29) dan surah Syad (k) (38, ayat 72). Lagipun, di dalam surah al-Infithar (82, ayat 7 dan 8) telah ditunjukkan bahawa:
(Allah) yang menciptakan kamu, menyempurnakan kejadian kamu dan membuat kamu dengan ukuran yang seimbang; menurut bentuk yang dikehendaki-Nya, kamu disusun-Nya.
Saya akan meneruskan penerangan ini dengan petikan daripada ayat-ayat yang mempunyai maksud tersendiri:
Surah at-Tin (95, ayat 4):
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam rupa yang amat baik.
Pada pendapat saya, begitulah maksud‚
Seperti ayat berikut dalam surah Nuh (71, ayat 14)
Sesungguhnya Dia telah menciptakan kamu dalam beberapa peringkat.
Di dalam buku terbaru saya, saya telah mencadangkan bahawa ... yang ditulis sekali sahaja di dalam al-Quran mungkin ada kaitan dengan penjelmaan yang dilalui oleh spesies manusia di sepanjang zaman. Sesungguhnya, semua orang yang telah mengkaji tentang embriologi telah maklum bahawa hanya di dalam rahim ibu sahaja, semua penjelmaan morfologi dirangka dan dibentuk. Penjelmaan morfologi ini akan membesar sepenuhnya apabila dewasa. Semua peringkat yang dilalui oleh embrio tersebut di dalam rahim, adalah sebagaimana yang terdapat di keseluruhan keturunan manusia.
Akhir sekali, apabila seseorang berpandukan data yang ditunjukkan oleh kajian fosil yang berkaitan dengan turun naik jenis manusia di sepanjang sejarah spesies itu, seseorang itu tidak akan lari daripada membuat perbandingan di antara kedua-dua ayat al-Quran ini:
Surah ad-Dahr atau al-Insan (76, ayat 28):
Kami telah menciptakan mereka dan meneguhkan bangunan tubuh mereka, dan kalau Kami mahu, Kami sanggup menggantikan mereka sepenuhnya dengan orang-orang yang serupa dengan mereka.
Surah al-An'am (6, ayat 133):
Jika Tuhan mahu, nescaya kamu akan dimusnahkan-Nya dan kemudian ditukar-Nya dengan pengganti yang disukai-Nya, sebagaimana kamu telah dijadikan-Nya dari turunan kaum yang lain.
Seterusnya, kedua-dua ayat ini memberi penekanan terhadap kepupusan komuniti tertentu dan penggantiannya oleh komuniti yang lain, yang berlaku di sepanjang zaman, bersesuaian dengan kehendak Tuhan.
Peningkatan keserasian apakah yang boleh diperolehi oleh seseorang di antara ajaran al-Quran dan data sains dalam bidang palantologi serta beberapa disiplin lain? Kita harus sama-sama mengingati bahawa data-data tersebut tidak diketahui langsung pada masa al-Quran dibawa ke pengetahuan manusia.
Itulah pelajaran penting yang harus dipelajari oleh ahli sains daripada fakta-fakta yang telah diterangkan. Setelah kita mempunyai kesedaran yang sah tentang asal usul manusia, mengapa kita masih mencari kesimpulan yang lain?
Read More…